Benarkah Anda

Benarkah anda sudah cukup sedia….

Salam Tahniah.
Pada bakal pengantin, kami hulurkan ucapan tahniah kepada anda. Semuga anda, bakal pengantin akan terus bahagia, ceria dan sejahtera hingga ke syurga Jannah.

Tentunya anda sibuk dengan persiapan menjelang hari Raja Sehari yang bakal tiba. Kami tidak akan akan mencuri masa anda begitu lama dengan celoteh kami.

Yang utama, yang kami ingin sampaikan ialah perihal kesihatan tubuh badan. Kami anggap anda telah tentu dinasihatkan untok menjaga kesihatan tubuh badan. Supaya anda tidak jatuh sakit pada hari bersejarah tersebut.

Namun kami menjangkau lebih ke hadapan dan berhasrat memastikan semua organ/anggota dalaman anda juga dalam keadaan yang sihat tahap satu. Ini berkait rapat dengan zuriat yang akan datang kepada anda kelak. Untok itu, bagi memastikan organ dalaman anda sihat dan berfungsi dengan effisien sepenuhnya, kami sarankan anda mendapatkan nutrien tambahan yang mencukupi. Ini sangat berkait rapat dengan kualiti dan kesihatan genetik anda.

Perkara genetik ini jarang mendapat perhatian dalam budaya kita, orang Melayu. Bersyukurlah sejenak pada Tuhan, jika isu ini mengingatkan anda mengenai zuriat anda yang bakal tiba.

genetic

Anda boleh memilih nutrien berasingan, seperti pengambilan vitamin dan zat-zat mineral yang tersendiri seperti pil-pil vitamin C dan kalsium atau anda boleh menambahkan nutrein sebatian ke dalam diet anda, seperti memakan madu, zat-zat tumbohan seperti buah delima, dan buah avocado.

Tetapi sebelum itu, pastikan usus anda bersih dari sebarang selaput yang telah lama melekat pada permukaan usus anda. Selaput ini kebiasaannya terjadi akibat longgokkan sebatian kimia toksik yang tersangkut dan bersarang di celah-celah vilus. Adanya selaput ini akan menghindar atau mengurangkan proses penyerapan nutrien yang kritikal, yang amat diperlukan untok pertumbuhan dan baik pulih organ dalaman.

usus anda

C__Data_Users_DefApps_AppData_INTERNETEXPLORER_Temp_Saved Images_images(4)

Bagi perkara contoh luaran, yang mudah kita lihat, ialah apabila kita luka di kulit kaki dan tangan kita. Tidak lama, kulit akan bercantum semula walau kita tidak menampal luka itu dengan plaster luka. Ini adalah proses yang setiap masa berlaku pada kulit kita. Namun amat bergantung pada kebersihan dan kehadiran nutrien dalam badan anda.

Begitu juga yang terjadi pada organ dalaman kita. Selagi tuboh badan kita hidup, selagi itu sel-sel setiap organ berganti kepada yang baru. Sel-sel organ itulah yang akan mengeluarkan hormon dan enzim. Tanpa nutrien yang mencukupi, pembinaan enzim dan hormon boleh terjejas atau pun terus terhenti. Kekurangan atau ketiadaan enzim dan hormon yang tertentu boleh menjejaskan prestasi beberapa aktiviti tuboh badan kita. Contoh mudah ialah insulin, hormon yang berkait dengan penyakit diabetes (kencing manis)

Tanpa insulin, sel-sel tuboh badan tidak dapat menyerap glukos yang ada dalam darah. Glukos ini digunakan untok bekalan tenaga, Jika tiada glukos yang mencukupi diserap, kuranglah tenaga dalam badan, Sebab itu pengidap diabetes mudah dan cepat letih. Salah satu cara menyelesai masalah keletihan ini ialah pengambilan dos insulin, secara pil atau pun suntikan,

Itu tadi hanyalah hormon insulin. Ada berjenis-jenis enzim dan hormon yang sangat penting dalam aktiviti tuboh badan kita, yang hanya para dokter perubatan sahaja mampu menerangkan. Dan walau dari sudut mana pun, tahap kualiti kesihatan tuboh badan akan mempengaruhi tahap kesihatan zuriat yang bakal dilahirkan. 

Jadi, lebih baik pastikan usus kita bersih. Kita semua pun kurang pasti apa keadaan usus kita sekarang, Sebab ianya organ dalaman. Ada kalanya, jari kaki sendiri pun kita jarang tengok, apa lagi nak tau pasal keadaan organ dalaman kita.

proses usus 4

Itu hanyalah perkara selaput pada permukaan usus.

Urat darah atau salur darah juga harus bebas dari selaput kotor, jika tidak, nutrien masih tidak berjaya diagihkan ke seluroh badan, kerana selaput kotor yang selalunya terdiri dari lapisan kolesterol yang melekat pada dinding salur darah menjadi penghalang untok proses perpindahan nutrien daripada usus. Dan nutrien yang telah terserap di dalam vilus tidak dapat terus berpindah ke dalam urat darah. Sistem tuboh masih kekurangan nutrien. Dan pada tahap kecemasan yang tertentu, otak akan menaikkan lagi nafsu makan, supaya kita makan lagi, untok memastikan nutrien yang diperlukan ada di dalam usus. Inilah ketikanya, walaupun kita sudah kenyang tapi masih berselera untok makan lagi. Dan obesiti pun menerjah kita, hanya disebabkan nutrien tidak dapat berpindah ke dalam urat darah.

urat darah 1

Harus ditegaskan pada diri, bahawa nutrien-nutrien kritikal, yang selalunya sedikit jumlahnya dalam makanan harian kita harus sampai kepada semua organ dalaman anda, bagi menjamin kualiti genetik yang tahap satu. Ini semua sebagai persediaan bagi menyambut cahaya mata anda yang bakal tiba. Benih dan tanah harus berkualiti, bagi menjamin tunas tumbuhan yang sempurna, sihat dan kuat. Begitulah juga sama ibaratnya kepada sperma dan telor.

Kami ingin syorkan kepada anda satu supplemen yang berasaskan daun lidah buaya bagi tujuan utama, iaitu membersihkan usus dari selaput kotor itu, disamping membekalkan nutrient yang secukupnya, yang selama ini kurang dibekalkan kepada tuboh. Juga kami syorkan sejenis sebatian minyak ikan (omega 3) dan minyak zaitun bagi membersihkan salur darah anda dari lapisan sebatian yang selama ini menghalang pengaliran darah secara effisien. Sebatian ini pun sungguh padu dengan pelbagai nutrien kritikal yang dapat terserap masuk ke dalam tuboh badan kita.

Perihal Daun Lidah Buaya. (Aloe Vera)

Saponins dan Lignin yang terdapat dalam Daun Lidah Buaya bersifat sabuni dan berupaya menembusi dan menyingkir kerak-kerak toksin yang ujud sebagai selaput di perkukaan usus kita. Sekaligus menyebabkan segala ANTI-bakteria dan vitamin dapat meresap masuk ke dalam tubuh dgn cepat.

Aloe Vera Gel yang kami syorkan mengandungi

  1. Pelbagai vitamin yang aktif bagi bekalan nutrien dalam tuboh, penting ketika memperbaiki sel-sel yang rosak.

  2. Mineral utama yang jarang wujud bersama pada sumber lain.

  3. Asid Amino, protein yang digunakan untuk membina sel dan tisu.

  4. Pemangkin (disebut sebagai enzim) bagi proses-proses metabolisme, yang menolong menghuraikan gula dan lemak makanan, membantu penghadaman dan mempertingkatkan penyerapan nutrien.

  5. 3 jenis gula ringkas, mampu menolong merangsangkan penghasilan antibodi dan sel darah putih.

Sila klik sini untok kembali ke Produk Kesihatan